SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN
[ STE ]
Pengenalan
Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan (STE) merupakan pengajian yang secara amnya berkaitan dengan penerapan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam industri pemasangan dan perkhidmatan (installation and servicing). Ia memerlukan penerapan pengetahuan yang digabungkan dengan latihan kemahiran praktikal meliputi rekabentuk, pengujian dan pembangunan litar bagi melaksanakan pelbagai tugas dalam projek baharu kecekapan tenaga, IoT mahupun tugas penyelenggaraan dan pembaikan (maintenance and repairing) sistem elektrik dan elektronik sedia ada.
Sijil bidang elektrik dan elektronik dari Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi memberi pendedahan kepada kurikulum komprehensif yang terdiri daripada kursus dalam disiplin elektrik dan elektronik, pembangunan sahsiah, matematik, sains dan keperluan kompetensi di tempat kerja. Graduan sijil bidang elektrik dan elektronik akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus termasuk aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Sijil bidang elektrik dan elektronik adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semesterkursus dan satu semester penuh latihan industri.
Sinopsis
Program ini direkabentuk untuk mendedahkan pelajar tentang bidang Teknologi Elektrik dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Ianya merangkumi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Litar Elektrik, Alat Pengukuran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta dan Peraturan Elektrik, Pemasangan Elektrik Satu Fasa, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Lukisan Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Digital, Motor Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Tekno Usahawan dalam Teknologi, Pengawal Logik Mudah Aturcara serta Sistem Automasi Bangunan.
Pelajar yang layak akan dianugerahkan dengan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2) oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini juga membawa pelajar merasai alam pekerjaan dengan lebih awal melalui Latihan Industri yang mewajibkan pelajar menghasilkan Buku Log Suruhanjaya Tenaga.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik khususnya dalam pemasangan dan pendawaian fasa tunggal dan tiga fasa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang elektrik. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:
- Pendawai Elektrik (PW2)
- Juruteknik Elektrik
- Juruelektrik
- Usahawan
Aktiviti / Hebahan / Promosi
LALUAN KE PROGRAM DIPLOMA DI POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI
Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan boleh memohon ke program diploma berikut:
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin
- Diploma Kejuruteraan Elektrik
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
- Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
- Diploma in Mobile Technology (WBL) - Ambilan Januari
- Diploma in Telecommunication Technology (WBL) - Ambilan Januari
- Diploma Teknologi Solar Fotovoltan (WBL)
- Diploma in Electronics Instrumentation Technology (WBL)
- Diploma in Sound & Lighting Technology (WBL)
- Diploma in Rail Signalling And Communication Technology (WBL)
- Diploma in Mechanical Design Technology (WBL)
SYARAT KEMASUKAN (LEPASAN SPM)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
Carta Organisasi
PENGARAH | : | ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM |
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK | : | NUR AMANINA BINTI ROSLEE |
KETUA PROGRAM | : | SITI ROHAIZA BINTI ZAINOL |
PENOLONG KETUA PROGRAM | : | WAN NADIRAH BINTI ROSLI |
PENSYARAH STE | : | MOHAMAD IZWAN BIN AYOB |
: | ROHAIZAD BIN ABDUL RAHMAN | |
: | Tc. NOOR SOUDIQQIN BIN ISMAIL | |
: | MARDHIAH BINTI SHARI | |
: | MUHAMAD KHAIDIR BIN ABDUL KHALID | |
: | ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN | |
: | Ts. RISLAH BINTI HASAN |