Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)

[ STE ]

 

Pengenalan

 

Sijil Terknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) merupakan pengajian yang secara amnya berkaitan dengan penerapan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam industri pemasangan dan perkhidmatan (installation and servicing). Ia memerlukan penerapan pengetahuan yang digabungkan dengan latihan kemahiran praktikal meliputi rekabentuk, pengujian, dan pembangunan litar bagi melaksanakan pelbagai tugas dalam projek baharu kecekapan tenaga, IoT mahupun tugas penyelenggaraan dan pembaikan (maintenance and repairing) sistem elektrik dan elektronik sedia ada. Sijil bidang elektrik dan elektronik dari Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi memberi pendedahan kepada kurikulum komprehensif yang terdiri daripada kursus dalam disiplin elektrik dan elektronik, pembangunan sahsiah, matematik, sains dan keperluan kompetensi di tempat kerja. Graduan sijil bidang elektrik dan elektronik akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus termasuk aplikasi teknologi hijau dan kecekapan tenaga, teknologi komputer dan komunikasi serta aplikasi automasi selaras dengan perkembangan industri masa kini. Sijil bidang elektrik dan elektronik adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester kursus dan satu semester penuh latihan industri.

 

Sinopsis

 

Program ini direkabentuk untuk mendedahkan pelajar tentang bidang Teknologi Elektrik dengan kemahiran dan pengetahuan terkini. Program ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Asas Elektrik, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan., Akta Dan Peraturan Elektrik, Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Lukisan Terbantu Komputer, Asas Elektronik, Sistem Digital, Kemahiran Penyeliaan, Motor Elektrik AT Dan AU Fasa Tunggal serta Pemasangan Elektrik Tiga Fasa. Sijil tambahan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW2) yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga selaras dengan Akta Dan Peraturan Elektrik akan diberi kepada pelajar yang layak. Program ini juga membawa pelajar merasai alam pekerjaan dengan lebih awal melalui Latihan industri yang mewajibkan pelajar menghasilkan Buku Log Suruhanjaya Tenaga.

 

Prospek Kerjaya

 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi elektrik yang boleh menepati keperluan kerjaya seperti berikut:

1. Pendawai Elektrik (PW2)

2. Juruteknik Elektrik

3. Juruelektrik

 

Matlamat & Objektif

 

Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi menjadi juruteknik yang berkebolehan dan dapat menyesuaikan diri untuk menyokong aspirasi negara dalam menyediakan tenaga kerja teknologi kejuruteraan.

 

Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) akan menghasilkan tenaga kerja yang:

OP 1: menjadi juruteknik dalam bidang elektrik selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara.

OP 2: melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya secara dinamik.

OP 3: memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta beretika.

OP 4: melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan inovatif.

 

HPP

 

Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:

 HPP 1 : memiliki pengetahuan asas teknologi berkaitan prosedur dan amalan rutin bidang pengajian.

HPP 2 : mengaplikasi penggunaan peralatan dan teknik terkini dalam menyelesaikan masalah rutin.

HPP 3 : menjalankan kajian menerusi pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah rutin bidang pengajian.

HPP 4 : menerangkan tugasan mudah di dalam situasi amalan biasa dan keperluan segera menerusi komunikasi.

HPP 5 : menunjukkan kefahaman terhadap isu-isu kemasyarakatan dan tanggungjawab berkaitan amalan rutin teknologi.

HPP 6 : mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya dan penglibatan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

HPP 7 : menunjukkan kesedaran terhadap pengurusan dan keusahawanan tekno dalam perspektif sebenar.

HPP 8: menzahirkan kesedaran berkaitan etika dan profesionalisme.

HPP 9: menunjukkan ciri-ciri kepimpinan serta kecekapan bekerja dalam pasukan teknikal.

 

Aktiviti / Hebahan / Promosi

 

maklumat aktiviti/hebahan/promosi akan dilengkapkan kemudian

 

Carta Organisasi

 

maklumat Carta Organisasi akan dilengkapkan kemudian

 

Pengarah : ISHAMUDDIN BIN ISHAK
Timbalan Pengarah : MOHAMAD IZWAN BIN AYOB
Ketua Program : WAN NADIRAH BINTI ROSLI
Pensyarah STE : ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN
  : MARDHIAH BINTI SHARI
  : MUHAMMAD KHAIDIR BIN ABDUL KHALID
  : NOOR SOUDIQQIN BIN ISMAIL
  : RISLAH BINTI HASSAN
  : SITI ROHAIZA BINTI ZAINOL
  : ZARYATI BINTI ZAINI 
  : NORAMINAHANIM BINTI ABD MAULUD
  :