Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan

[ STP ]

 

Pengenalan

 

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari ilmu yang berkaitan dengan Teknologi Pembinaan Bangunan secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.

 

Sinopsis Program

 

Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Pembinaan Bangunan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.

 

Prospek Kerjaya

 

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan bangunan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

  1. Juruteknik
  2. Penyelia Tapak Bina
  3. Pembantu Juruukur Bahan
  4. Kerani Tapak
  5. Kontraktor

 

Matlamat Program

 

Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan percaya setiap individu berpotensi sebagai pakar bidang Teknologi Pembinaan Bangunan yang profesional dan usahawan berjaya bagi menyokong dasar kerajaan dalam melahirkan tenaga mahir negara untuk bekerja secara profesional seterusnya memperkasakan industri ke peringkat antarabangsa.

 

Objektif Program

 

Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan akan melahirkan pasukan separa mahir yang boleh:

OP1 : mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dalam melaksanakan tugas

OP2 : menunjukkan kemahiran teknikal serta teknik numerasi dengan menggunakan teknologi digital sebagai pemudahcara dalam bidang teknologi pembinaan bangunan

OP3 : mengamalkan etika dan profesionalisme, sikap kepimpinan dan bertangggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan menggunakan kemahiran interpersonal dan berkomunikasi secara efektif

OP4 : menunjukkan sikap yang positif dan mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya

 

Hasil Pembelajaran

 

Setelah tamat program ini, pelajar seharusnya dapat :

HPP1 : mengaplikasikan pengetahuan asas, prinsip, konsep dan teori yang berkaitan dalam teknologi pembinaan bangunan

HPP2 : menyelesaikan masalah berkaitan pembinaan bangunan dengan berfikir secara kreatif dan kritis dan mematuhi prosedur pembinaan bangunan

HPP3 : mempamerkan kemahiran teknikal dengan menggunakan peralatan berteknologi dalam bidang pembinaan bangunan

HPP4 : menunjukkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi secara efektif dan bekerjasama dalam menyampaikan perkhidmatan

HPP5 : mempamerkan keupayaan untuk menggunakan aplikasi perisian digital teknik pengukuran bagi kerja-kerja berkaitan

HPP6 : menunjukkan sikap kepimpinan, bertanggungjawab dan mengurus secara kendiri dalam organisasi

HPP7 : menunjukkan kesungguhan meningkatkan pembelajaran kendiri, sifat peribadi yang positif dan minda keusahawanan dalam kerjaya

HPP8 : menunjukkan keupayaan untuk mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam kerja-kerja pembinaan bangunan

 

 

Carta Organisasi

 

PENGARAH : ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM
     
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK : MOHAMAD IZWAN BIN AYOB
     
     
KETUA PROGRAM : MUHAMMAD ISKANDAR BIN ABU THOHIB
     
PENSYARAH SPK : AINI NURRASYIDAH BINTI MD ZOKHI
  : AZMAWATI BINTI SALLEH
  : HANIZA BINTI SIDI
  : MAZZUIN BINTI YUSOF
  : MOHD SYAHRULZAMAN BIN SAPAR
  : NIK HASNIRA BINTI NIK PA
  : SARAH BINTI ABD HAMID
  :  
     
 PENSYARAH LAIN : AZNUL RAFIZUL BIN RAMLI (PSH)
  : MARIAM DIYANA BINTI MOHD TAHA (PPIA)
  : NURRISWIN BINTI JUMADI (EXAM)