Unit Pendidikan Berterusan / Pembelajaran Sepanjang Hayat
[ PSH ]
Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan mampan. Pembudayaan PSH dimantapkan melalui Lonjakan 3 iaitu “Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi (PPPM)(PT). Kolej komuniti dikenali sebagai hab PSH berperanan menyediakan latihan dan kemahiran kepada komuniti dalam pelbagai bidang. Pelaksanaan PSH membentuk komuniti yang lebih dinamik dan akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan diperkasa agar menawarkan program yang lebih berkualiti dan kekal relevan seterusnya akan menjadi satu mekanisme bagi mengiktiraf pengalaman dan pembelajaran terdahulu yang dapat meningkatkan kualiti hidup dalam menjana dan meningkatkan pendapatan.
SUMBER - GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PSH KOLEJ KOMUNITI EDISI 2023
Objektif / Fungsi
Antara objektif penyertaan komuniti dalam PSH ialah:
-
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pelbagai bidang kemahiran;
-
Memberi nilai tambah melalui peningkatan pelbagai bidang kemahiran;
-
Meningkatkan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan;
-
Melayakkan peluang melanjutkan pengajian melalui laluan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); dan
-
Meningkatkan kualiti hidup melalui penjanaan dan peningkatan pendapatan.
SUMBER - GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PSH KOLEJ KOMUNITI EDISI 2023
Carta Organisasi
Pengarah | : | ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM |
Timbalan Pengarah | : | NUR AMANINA BINTI ROSLEE |
Ketua Unit | : | NOOR AZIANA BINTI ABU TAIB |
Pensyarah PSH | : | NORFAIZAH BINTI ABU BAKAR |
: | AZNUL RAFIZUL BIN RAMLI | |
Wakil Unit SPK | : | - kosong - |
Wakil Unit STM | : | IZYANI BINTI AHMAD |
Wakil Unit STP | : | ZAKARIA BIN AYOB @ IBERAHIM |
Wakil Unit STE | : | MARDHIAH BINTI SHARI |