Unit Penyelidikan, Inovasi & Komersialan

[ UPIK ]

 

Pengenalan

 

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial Kolej Komuniti Jelebu ditubuhkan untuk menyelaras serta mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial di kalangan pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Jelebu. Struktur ini diharapkan dapat menggembelengkan pensyarah dan kakitangan amnya untuk menghasilkan projek penyelidikan dan inovasi berkualiti dengan kuantiti yang lebih banyak.

Selain tugas pengurusan, pentadbiran dan pengajaran, ahli-ahli di dalam unit juga berperanan sebagai ahli pasukan penyelidikan, penulis dan penyunting artikel, ahli panel penyelarasan penyelidikan serta penghasilan kepelbagaian bentuk bengkel penyelidikan.

 

Objektif / Fungsi

 

OBJEKTIF UPIK:

  1. Menggalakkan penjanaan idea dan budaya inovasi dalam kalangan staf dan pelajar.
  2. Menggalakkan penyertaan dalam pameran/pertandingan inovasi.
  3. Menggalakkan staf memohon dana inovasi dari pelbagai agensi bagi membiayai aktiviti penyelidikan.
  4. Menjadikan budaya inovasi merupakan satu keperluan dalam perkembangan kerjaya di samping tanggungjawab akademik yang lain.
  5. Mencari peluang-peluang kerjasama dalam bidang inovasi untuk manfaat institusi.

 

Fungsi & Peranan

 

KUPIK berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas seperti disenaraikan:

  1. Mengadakan mesyuarat bagi merancang aktiviti inovasi tahunan.
  2. Menyediakan unjuran belanjawan pengurusan inovasi institusi termasuk penambahbaikan produk serta penganjuran dan penyertaan pameran mahupun pertandingan inovasi.
  3. Menyediakan kertas kerja cadangan aktiviti inovasi.
  4. Mendapatkan kelulusan pelaksanaan aktiviti daripada pengurusan institusi.
  5. Menyediakan pelan penyelarasan dan pemantauan perlaksanaan aktiviti inovasi institusi.
  6. Mengenalpasti dan melantik panel penilai untuk menilai inovasi.
  7. Mengenalpasti produk inovasi yang disenarai pendek untuk dipanjangkan bagi tujuan pemilikan IP.
  8. Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti.
  9. Menyediakan dan laporan aktiviti inovasi kepada PPI

 

 

Carta Organisasi

 

PENASIHAT : ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM
     
PENGERUSI : MOHAMAD IZWAN BIN AYOB
     
KETUA UNIT : Ts. SHARIFAH NORAKHIL BINTI SYED LOED
     
SETIAUSAHA : LATIFAH BINTI MAHMOOD 
     
PEGAWAI PENYELIDIKAN : Ts. ZAINATUL FAKIH BINTI ZAINON 
     
PEGAWAI INOVASI : Ts. AINI NURRASYIDAH BINTI MOHD ZOKHI 
     
PEGAWAI KOMERSIAL :