Unit Pembangunan Pelajar

 

 

Pengenalan

 

VISI

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

MISI

Membantu melahirkan pelajar unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

  

MATLAMAT

  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, dan
  • Membantu melahirkan graduan unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

 

PPP

 

PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR (PPP)

 

PENGURUSAN ORGANISASI

  • Membantu merancang dan melaksanakan pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan penganalisisan data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan program dan pengurusan dokumen dan rekod kerajaan, dan
  • Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti/program pembangunan pelajar dan hubungan dengan pihak luar.

 

PENGURUSAN PEMBANGUNAN PELAJAR

  • Mengurus Pelaksanaan Minggu Suaikenal ( HSK ),
  • Mengurus Kebajikan & Sosial Pelajar,
  • Mengurus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP),
  • Mengurus Rekod Disiplin Pelajar,
  • Mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan Program Pembangunan Sahsiah & Kemahiran,
  • Menguruskan manfaat sosial pelajar,
  • Mengurus Lawatan/Perkhemahan Pelajar,
  • Menguruskan Lawatan Ke Luar Negara, dan
  • Mengurus Penganugerahan Pelajar.

 

BKPKK

 

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK) 

  • Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.

 

OBJEKTIF

  • Membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di peringkat separa professional dan meningkatkan kemahiran hidup dan menjadi lebih berdaya saing, dan
  • Membantu Pelajar memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.

 

SYARAT KELAYAKKAN

  • Warganegara Malaysia,
  • Pelajar Kolej Komuniti yang baharu mendaftar pada semester 1 pengajian,
  • Pelajar daripada keluarga B40, dan
  • Pelajar berstatus aktif dengan keputusan CGPA 2.00 dan ketas pada semester berikutnya.

 

KUMPULAN SASAR

  • Pelajar-pelajar Kolej Komuniti.

 

PERINGKAT PENGAJIAN

  • Sijil (Sepenuh masa 16 hingga 24 bulan).

 

BIDANG PENGAJIAN

  • Semua Bidang pengajian bertaraf Sijil di Kolej Komuniti.

 

TEMPAT PENGAJIAN

  • Seluruh Kolej Komuniti.

 

ELEMEN TAJAAN

  • Wang saku (RM1800.00 per semester, selama 3 Semester), 
  • RM 5400.00 sepanjang pengajian

 

PERMOHONAN

  • Melalui penyelaras Biasiswa Kolej Komuniti.

 

JPP

 

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Jelebu merupakan satu-satunya badan pelajar yang dibentuk melalui Pilihanraya Kampus. Jawatankuasa ini dibentuk mengikut acuan demokrasi selaras dengan peraturan pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang ditetapkan oleh Akta 174, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.

 

OBJEKTIF

  • Menjadi platform dalam mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak serta berkebolehan,
  • Memperkukuhkan semangat muhibbah , perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek, dan
  • Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan sewajarnya.

 

CARTA ORGANISASI JPP KK JELEBU SESI II 2023-2024

  • akan dipaparkan selepas tamat pilihanraya JPP KK Jelebu Sesi II 2023-2024 tamat.

 

Aktiviti / Hebahan / Promosi

 

maklumat aktiviti/hebahan/promosi akan dilengkapkan kemudian

 

Carta Organisasi

 

Pengarah : ISHAMUDDIN BIN ISHAK
Timbalan Pengarah : AHMAD FAIRIL AZARIN BIN ASRAPIL
Pegawai Pembangunan Pelajar : ROHAIZAD BIN ABDUL RAHMAN 
Penyelaras JPP : MAZZUIN BINTI YUSOF 
Penyelaras Biasiswa  : MARIAM DIYANA BINTI MOHD TAHA 
Penyelaras Kebajikan  : ROHAIZAD BIN ABDUL RAHMAN 
Penyelaras Disiplin  : ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN