Unit Pengambilan Pelajar

[ UPP ]

 

Pengenalan

 

Unit Pengambilan Pelajar (UPP) salah satu unit di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada bakal pelajar. UPP juga mengurus pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar senior. Selain itu, UPP juga merupakan sumber data pelajar kepada Unit lain di KKJU, dan Bahagian Ambilan Pelajar (BAP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).UPP sentiasa bersedia membantu bakal pelajar dan ibubapa serta guru kerjaya sekolah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan, tempoh pengajian, yuran pengajian dan bayaran pendaftaran, kemudahan penginapan, dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh bakal pelajar. UPP KKJU diketuai oleh Pegawai Pengambilan dan seorang penyelaras yang berkaliber dan berpengalaman luas.KKJU menawarkan sebanyak 4 program pengajian peringkat Sijil dan 1 program pengajian Sijil khas OKU kategori Masalah Pembelajaran sebagaimana berikut:

  1. Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK)
  2. Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
  3. Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)
  4. Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)
  5. Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK) (OKU kategori Masalah Pembelajaran)

  

Objektif / Fungsi

 

Sebagai unit sokongan dalam perkara-perkara yang berkaitan ambilan pelajar baharu dan senior seperti promosi pelajar baharu, pendaftaran pelajar baharu dan senior, lapor diri, penangguhan pengajian, berhenti pengajian bertukar program pengajian/kolej komuniti dan urusan data pelajar.

Objektif penubuhan unit ini adalah bagi:-

  1. Mengurus dasar dan pelaksanaan pengambilan pelajar bagi program sepenuh masa dan program separuh masa.
  2. Mengurus dan melaksanakan dasar pengambilan pelajar Kolej Komuniti.
  3. Menguruskan dokumen-dokumen berkaitan pengambilan pelajar bagi program pengajian sepenuh masa.

 

 

Info 1

maklumat info 1 akan dilengkapkan kemudian

Info 2

maklumat info 2 akan dilengkapkan kemudian

Aktiviti / Hebahan / Promosi

maklumat aktiviti/hebahan/promosi akan dilengkapkan kemudian

Carta Organisasi

maklumat Carta Organisasi akan dilengkapkan kemudian

 

Pengarah : ISHAMUDDIN BIN ISHAK
Timbalan Pengarah : AHMAD FAIRIL AZARIN BIN ASRAPIL
Pegawai Pengambilan Pelajar : MALZIANA BINTI KAMAL 
  :  
  :  
  :  
  :