Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi
[ ICT ]
Pengenalan
Unit ICT menyediakan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang optimum bagi menyokong dan melancarkan pengurusan dan pentadbiran Kolej Komuniti Jelebu.
Objektif / Fungsi
Unit ICT
1. Mengurus dan memantau pengoperasian server beroperasi dengan baik dan aspek-aspek keselamatan diambil kira.
2. Membantu dalam memberi bantuan teknikal bagi sistem yang sedia ada dalam Kolej bagi memastikan pengguna dapat menggunakan sistem tanpa sebarang masalah
3. Mewujud dan mengurus ID(username) dan katalaluan(password) bagi kegunaan kakitangan kolej bagi memasuki persekitaran Intranet dan emel kolej
4. Memberi latihan dan khidmat nasihat berkaitan ICT.
5. Membantu menguruskan perkhidmatan multimedia.
6. Mengurus, menyelaras dan memantau ke atas semua sistem komputer dan peralatan rangkaian komputer berfungsi dan beroperasi dengan baik