Pengenalan
Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10% daripada pengeluaran perkilangan Malaysia. Makanan yang diproses dieksport ke lebih daripada 200 buah negara dengan nilai eksport tahunan lebih daripada RM11 bilion yang berjumlah dua pertiga daripada jumlah eksport makanan yang bernilai lebih RM18 bilion. Walau bagaimanapun, Malaysia masih lagi menjadi pengimport bersih produk makanan dengan import tahunan melebihi RM30 billion pada tahun 2018. Inisiatif jaminan bekalan makanan yang produktif, selamat dan ditumpukan melalui usaha seperti Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (2016-2025) dan Dasar Agromakanan Negara. Dasar tersebut turut menekankan pembangunan infrastruktur dan penggunaan teknologi moden, penyediaan modal insan serta pengkomersialan pertanian termasuk inovasi dalam sektor penting. Selain itu, Dasar Keusahawaan Nasional yang menyokong pemikiran masyarakat yang berbudaya usahawan juga menjadi pemangkin inisiatif melahirkan latihan berunsurkan keusahawanan makanan. Perkembangan industri makanan yang sangat memberangsangkan memerlukan pekerja separa mahir yang arif dengan kawalan mutu makanan. Justeru itu, Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk memenuhi keperluan majikan, kesatuan pekerja, tenaga pengajar dan pihak yang bertanggungjawab dalam perkembangan sektor pekerjaan kerana sektor ini memberi pulangan yang besar dalam perkembangan industri negara.
Sinopsis Program
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, konsep halal thoyyiba, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini, sejajar dengan peraturan dan undang undang yang sedang berkuatkuasa.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
- Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
- Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
- Penolong Pengurus Restoran
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Pembantu Makmal
Matlamat Program
Setiap individu mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab, berfikiran kreatif dan inovatif sebagai tenaga separa mahir yang kompeten dalam memastikan kualiti produk makanan negara berkualiti serta selamat untuk meningkatkan pendapatan negara.
Objektif Program
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan makanan yang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan makanan yang mempamerkan kemahiran teknikal, kemahiran teknologi digital dan menunjukkan kemahiran kuantitatif dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan makanan yang mempamerkan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal serta ciri kepimpinan di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam memperkasa pembelajaran sepanjang hayat.
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mampu menghasilkan pengamal pemprosesan makanan yang membudayakan pembangunan kendiri, pemikiran keusahawan serta mamatuhi etika kerja dan profesionalisme dalam komuniti dan pihak berkepentingan. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
Hasil Pembelajaran
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan tugas dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan.
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh menghubung kait kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal secara berkesan terhadap individu atau secara berkumpulan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dan kemahiran kuantitatif dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh menghubung kait keupayaan menjalankan tugas dengan ciri kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
- Di akhir pembelajaran pelajar boleh mengamalkan kebolehan untuk patuh kepada etika dan profesionalisme kerja dalam bidang pemprosesan dan kawalan mutu makanan
Kluster Pembelajaran
5 Kluster Hasil Pembelajaran:
CLS1 : Pengetahuan & Pemahaman
CLS2 : Kemahiran Kognitif
CLS3a : Kemahiran Praktikal
CLS3b : Interpersonal & Kemahiran Komunikasi
CLS3c : Kemahiran Digital & Numerasi
CLS3d : Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab
CLS4 : Personal & Kemahiran Keusahawanan
CLS5 : Etika & Profesionalisme
Berdasarkan MQA, 2017 2nd Edition
Carta Organisasi
PENGARAH |
: |
ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM |
|
|
|
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK |
: |
MOHAMAD IZWAN BIN AYOB |
|
|
|
|
|
|
KETUA PROGRAM |
: |
AZAH AIRIZA BINTI NORMAN |
|
|
|
PENSYARAH SPK |
: |
HASLIZAWATI BINTI JAAFAR |
|
: |
JALIFA BINTI RIDZUAN |
|
: |
LATIFAH BINTI MAHMOOD |
|
: |
NADIATUL HANIS BINTI JAILANI |
|
: |
NUR AMANINA BINTI ROSLEE |
|
: |
NUR HANIM BINTI OTHMAN |
|
: |
ROAZLIZA BINTI BAHARIN |
|
: |
SHARIFAH NORAKHIL BINTI SYED LOED |
|
|
|
PENSYARAH LAIN |
: |
NOR ASHIKIN BINTI ISMAIL (KKP) |
|
: |
SARIPAH BINTI KASIM (KKP) |
|
: |
NOR FAIZAH BINTI ABU BAKAR (PSH) |