Pengenalan
VISI
Menjadi bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.
MISI
Membantu melahirkan pelajar unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
MATLAMAT
- Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, dan
- Membantu melahirkan graduan unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
PPP
PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR (PPP)
PENGURUSAN ORGANISASI
- Membantu merancang dan melaksanakan pengurusan strategik, pengurusan pengumpulan dan penganalisisan data, pengurusan mesyuarat, pengurusan aduan, pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan program dan pengurusan dokumen dan rekod kerajaan, dan
- Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti/program pembangunan pelajar dan hubungan dengan pihak luar.
PENGURUSAN PEMBANGUNAN PELAJAR
- Mengurus Pelaksanaan Minggu Suaikenal ( HSK ),
- Mengurus Kebajikan & Sosial Pelajar,
- Mengurus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP),
- Mengurus Rekod Disiplin Pelajar,
- Mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan Program Pembangunan Sahsiah & Kemahiran,
- Menguruskan manfaat sosial pelajar,
- Mengurus Lawatan/Perkhemahan Pelajar,
- Menguruskan Lawatan Ke Luar Negara, dan
- Mengurus Penganugerahan Pelajar.
BKPKK
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)
- Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
OBJEKTIF
- Membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian di peringkat separa professional dan meningkatkan kemahiran hidup dan menjadi lebih berdaya saing, dan
- Membantu Pelajar memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
SYARAT KELAYAKKAN
- Warganegara Malaysia,
- Pelajar Kolej Komuniti yang baharu mendaftar pada semester 1 pengajian,
- Pelajar daripada keluarga B40, dan
- Pelajar berstatus aktif dengan keputusan CGPA 2.00 dan ketas pada semester berikutnya.
KUMPULAN SASAR
- Pelajar-pelajar Kolej Komuniti.
PERINGKAT PENGAJIAN
- Sijil (Sepenuh masa 16 hingga 24 bulan).
BIDANG PENGAJIAN
- Semua Bidang pengajian bertaraf Sijil di Kolej Komuniti.
TEMPAT PENGAJIAN
ELEMEN TAJAAN
- Wang saku (RM1800.00 per semester, selama 3 Semester),
- RM 5400.00 sepanjang pengajian
PERMOHONAN
- Melalui penyelaras Biasiswa Kolej Komuniti.
JPP
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Jelebu merupakan satu-satunya badan pelajar yang dibentuk melalui Pilihanraya Kampus. Jawatankuasa ini dibentuk mengikut acuan demokrasi selaras dengan peraturan pembentukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang ditetapkan oleh Akta 174, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.
OBJEKTIF
- Menjadi platform dalam mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berkaliber, berakhlak serta berkebolehan,
- Memperkukuhkan semangat muhibbah , perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan penerapan jasmani, emosi, rohani dan intelek, dan
- Menjadi perantara di antara pihak pelajar dan pihak pengurusan Kolej Komuniti dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan sewajarnya.
CARTA ORGANISASI JPP KK JELEBU SESI II 2023-2024
- akan dipaparkan selepas tamat pilihanraya JPP KK Jelebu Sesi II 2023-2024 tamat.
Carta Organisasi
Pengarah |
: |
ISHAMUDDIN BIN ISHAK |
Timbalan Pengarah |
: |
AHMAD FAIRIL AZARIN BIN ASRAPIL |
Pegawai Pembangunan Pelajar |
: |
ROHAIZAD BIN ABDUL RAHMAN |
Penyelaras JPP |
: |
MAZZUIN BINTI YUSOF |
Penyelaras Biasiswa |
: |
MARIAM DIYANA BINTI MOHD TAHA |
Penyelaras Kebajikan |
: |
ROHAIZAD BIN ABDUL RAHMAN |
Penyelaras Disiplin |
: |
ABDUL GHAFFAR BIN ABU HASSAN |