Pengenalan
Unit Pengambilan Psikologi (UPPsi) merupakan salah satu unit di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) yang memberi perkhidmatan secara langsung dan tidak langsung kepada seluruh warga Kolej Komuniti Jelebu samada pada pelajar, staf dan komuniti setempat. Perkhidmatan yang ditawarkan bertujuan untuk memastikan kesejahteraan mental dan psikologi seluruh warga KKJU sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Objektif / Fungsi
Objektif utama Unit Pengurusan Psikologi adalah :
- Memberi khidmat penyuburan dan pengkayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar/staf dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi mereka.
- Memberi khidmat pencegahan bagi menghindarkan pelajar/staf daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkahlaku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan tingkahlaku devian.
- Memberi khidmat pemulihan (remedial) untuk mengorientasikan semula pelajar/staf yang bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan menangani masalah mereka.
- Memberi khidmat pengurusan kerjaya kepada pelajar dan juga komuniti setempat untuk mendapatkan saluran maklumat tentang aras kerjaya.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada individu yang memerlukan.
Maklumat Kaunselor
WAN NOR AZLINDA BINTI ABDUL RAZAK K.B.;P.A.
(KB04777 PA04371)
Kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia
Kelab di bawah Unit Pengurusan Psikologi
- Kelab Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS)
- Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS)
Carta Organisasi
PENGARAH |
: |
ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM |
|
|
|
TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN |
: |
AHMAD FAIRIL AZARIN BIN ASRAPIL |
|
|
|
PEGAWAI PSIKOLOGI & KERJAYA |
: |
WAN NOR AZLINDA BINTI ABDUL RAZAK |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|