Unit Pengambilan Pelajar
- Details
- Penyelaras Multimedia
- Hits: 756
Unit Pengambilan Pelajar
[ UPP ]
Pengenalan
Unit Pengambilan Pelajar (UPP) salah satu unit di Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada bakal pelajar. UPP juga mengurus pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar senior. Selain itu, UPP juga merupakan sumber data pelajar kepada Unit lain di KKJU, dan Bahagian Ambilan Pelajar (BAP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).UPP sentiasa bersedia membantu bakal pelajar dan ibubapa serta guru kerjaya sekolah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan, tempoh pengajian, yuran pengajian dan bayaran pendaftaran, kemudahan penginapan, dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh bakal pelajar. UPP KKJU diketuai oleh Pegawai Pengambilan dan seorang penyelaras yang berkaliber dan berpengalaman luas.KKJU menawarkan sebanyak 4 program pengajian peringkat Sijil dan 1 program pengajian Sijil khas OKU kategori Masalah Pembelajaran sebagaimana berikut:
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK)
- Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
- Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) (STE)
- Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan (STP)
- Sijil Asas Pemprosesan Makanan (KPK) (OKU kategori Masalah Pembelajaran)