Unit Pendidikan Berterusan / Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Details
- Penyelaras Multimedia
- Hits: 409
Unit Pendidikan Berterusan / Pembelajaran Sepanjang Hayat
[ PSH ]
Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi satu agenda global untuk menghadapi pelbagai cabaran pembangunan mampan. Pembudayaan PSH dimantapkan melalui Lonjakan 3 iaitu “Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat” dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi (PPPM)(PT). Kolej komuniti dikenali sebagai hab PSH berperanan menyediakan latihan dan kemahiran kepada komuniti dalam pelbagai bidang. Pelaksanaan PSH membentuk komuniti yang lebih dinamik dan akan menjadi cara hidup seluruh warga Malaysia. Program PSH akan diperkasa agar menawarkan program yang lebih berkualiti dan kekal relevan seterusnya akan menjadi satu mekanisme bagi mengiktiraf pengalaman dan pembelajaran terdahulu yang dapat meningkatkan kualiti hidup dalam menjana dan meningkatkan pendapatan.
SUMBER - GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PSH KOLEJ KOMUNITI EDISI 2023