Unit Perhubungan Industri & Alumni
- Details
- Penyelaras Multimedia
- Hits: 1106
Unit Perhubungan Industri & Alumni
[ PPIA ]
Pengenalan
Latihan industri (LI) merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (KPT, 2010). LI menjadi satu syarat wajib bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kolej Komuniti.
Pelajar perlu memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri sebagai usaha dan strategi bagi memperkasa kualiti graduan politeknik dalam pasaran pekerjaan global yang kompetetif. Justeru, LI merupakan pendedahan latihan yang dijalankan berteraskan pendekatan pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning) melalui amalan mempraktikkan teori, kemahiran teknikal dan konsep akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang sebenar.