4 Julai 2023, Selasa 🇲🇾
 
Lawatan Penandaaras Sistem Pengurusan Dokumentasi Bagi Keperluan Penilaian Akreditasi MBOT Kolej Komuniti Jelebu (KKJU)
Lawatan ini adalah anjuran Unit Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK) KKJU yang telah diadakan di Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat sistem pengurusan dokumentasi pengauditan yang telah ditetapkan dan sebagai rujukan serta penambahabaikan dari semasa ke semasa.
Turut serta dalam lawatan ialah En. Ishamuddin bin Ishak, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, En. Mohamad Izwan bin Ayob, Timbalan Pengarah Akademik, En. Ahmad Fairil Azarin bin Asrapil, Timbalan Pengarah Pengurusan, pegawai-pegawai kanan dan pensyarah Unit SPK.
Terima kasih Jabatan Teknologi Makanan POLISAS atas layanan terbaik dan sudi berkongsi ilmu bersama kami.
 
Lihat Makluman Lanjut di siaran Facebook Rasmi KKJU.