10 Julai 2023, Isnin 🇲🇾
 
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat (JPenKK) Kolej Komuniti Negeri Sembilan
Tahniah diucapkan kepada Tuan Noor Azmi Yusof yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Jelebu (KKJU) dalam majlis yang diadakan di The Royale Chulan Seremban pada hari ini.
Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi. Dalam ucapannya, YB Dato' Seri Khaled menekankan bahawa peranan JPenKK adalah sangat penting sebagai penghubung antara rakyat dan Kolej Komuniti khususnya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk memperkasa komuniti dengan pelbagai kemahiran.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Jelebu, YBrs. Dr. Haji Mohd. Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti Negeri Sembilan.
Semoga dengan pelantikan Tuan Noor Azmi Yusof akan mengeratkan lagi hubungan KKJU dengan komuniti serta menjadi nilai tambah dalam usaha memperkasa komuniti.
 
 
Lihat Makluman Lanjut di siaran Facebook Rasmi KKJU.