Pertandingan PolyCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2024 (POLYCCOM 2024)
- Details
- Penyelaras Multimedia
- Hits: 541
Website POLYCCOM 2024
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN POLYCC KOMERSIAL PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (POLYCCOM 2024)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej Komuniti Jelebu dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan mengadakan Pertandingan PolyCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2024 (POLYCCOM 2024).
Pertandingan ini diadakan sebagai satu langkah mempertingkatkan pembangunan penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia, seiring dengan matlamat yang ingin dicapai di dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2021-2025.
Pertandingan ini dijalankan secara PERCUMA. Pihak penganjur berbesar hati mengalu-alukan penyertaan dari para pereka cipta Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia yang memiliki produk inovasi yang berpotensi dikomersialkan untuk menyertai pertandingan ini.
Kategori bidang seperti berikut:
Kategori 1: Peralatan, Mesin, Pembinaan dan Bahan
Kategori 2: Elektrik dan Elektronik
Kategori 3: Multimedia dan ICT
Kategori 4: IoT, IR4.0 dan AI
Kategori 5: Teknologi Makanan
Kategori 6: Rekabentuk, Seni dan Kreatif
Kategori 7: Pengajaran dan Pembelajaran
Kategori 8: Produk Hijau, Pertanian dan Alam Sekitar
Kategori 9: Kecantikan dan Kesihatan
Tarikh-tarikh penting berkaitan pertandingan POLYCCOM 2024:
Iklan permohonan: 15 Mei 2024
Tarikh tutup penyertaan: 16 Jun 2024
Tarikh Penghantaran Laporan Akhir: 16 Julai 2024
Tarikh Pertandingan: 06 Ogos 2024
Majlis Perasmian Penutupan: 07 Ogos 2024
Setiap penyertaan akan membawa pulang:
Sijil Penyertaan
Sijil Anugerah Emas/Perak/Gangsa
Pingat Emas/Perak / Gangsa
Selain itu terdapat juga hadiah pengiktirafan iaitu:
9 X Anugerah Terbaik Kategori
1 X Anugerah Pengkomersialan Terbaik
1 X Juara Keseluruhan
Untuk keterangan lanjut, YBrs. Ts. / Dr. / Tuan / Puan boleh ke pautan:
atau hubungi secara terus pegawai kami:
Ts. Sharifah Norakhil binti Syed Loed (013-613 3554)
Pn Noraminahanim binti Abd Maulud (012-927 1431)
Sekian, terima kasih.